Sunday, April 8, 2012

Pantai Merdeka


Dah lama saya menghilangkan diri & tak update blog. Alhamdulillah hari ini saya dapat 
berpeluang nak mengupdatenya. Semalam saya sekeluarga pergi ke Pantai Merdeka 
dekat Sungai Petani Kedah.Punyala jauh saya berjalan. Pertama kali menjejakkan kaki 
kesana. Saya dah jatuh cinta permandangan dekat sana. So beautiful place. Angin 
sepoi-sepoi bahasa. 


Cantik kan pemandangan dekat Pantai Merdeka nie. Sejuk je mata memandang. 
Hari ahad tak berapa ramai sangat orang. Yela di negeri Kedah hari minggu semua 
pakat bekerja dan juga bersekolah sebab tulah tak berapa ramai sangat orang.


Bagi sesiapa yang nk bermalam di sini boleh la pergi ke MERDEKA BEACH RESORT
Cantik sangatla resort dia berpuas hati la. Sejuk pulak tu. 


Dekat sinie jugak ada pelbagai jenis jualan. Rojak, kerpok lekor, Bebola ikan 
untuk makanan. Klo sesiapa yang berminat nak bermain layang-layang pun ada 
jugak jual. Memang best klo nak bermain dengan angin sempoi-sepoi rasa nk pegi lagi 
tempat secantik nie. 


Ayah saya pun x lepas peluang nk bermain layang-layang. Satu RM10 sahaja. Ada 
pelbagai jenis layang-layang yang dijual kat sinie. Tak rugi la klo pegi dekat sinie 
semuanya serba serbi lengkap.Klo sesiapa yang nk wat Photoshoot tu elok sangatla 
untuk lokasi di sinie.



Saya pun x lepas berpeluang nak posing maut hehee... CANTIK kan pemandangan 
kat sinie termasok Owner blog nie hehehe perasan..saya syorkan korang pergila tempat nie. 
Comfirm korang jatuh cinta dekat tempat nie.

No comments :

Post a Comment

Assalamualaikum...
Sila tinggalkan Comment anda ^^

 

Since 2010-2019 | Copyright by © Ayu Barbydol. Design by me Ayu Barbydol