Monday, May 21, 2012

Mydin Mall Meru Raya



Assalamualaikum

Pada 18 Mei 2012 Pasar Raya Besar (Hypermarket) Mydin yang ke-9 di Malaysia, yang
juga terbesar di dalam rangkaian Mydin dan yang pertama di Negeri Perak Darul Ridzuan
berjaya dibuka selepas Pasar Raya Besar Borong Mydin yang ke-8 dibuka pada 15 Mac 2012 
di Taman Saga Alor Setar, Kedah.


Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Mydin Mohamed, Pengasas dan Pengerusi 
Mydin Mohamed Holdings Berhad dan Isteri, Puan Rowshan. Mengiringi juga Datok Bandar.
Pembukaan Mydin ini akan memberi manfaat dan menjadi alternatif tempat membeli-belah 
untuk penduduk dari Meru, Jelapang, Chemor, Ipoh, Manjoi dan Kuala Kangsar. 
Satu-satunya pasaraya yang terbesar di Ipoh dan seramai 250, 000 Rakyat di Ipoh boleh la
 membeli-belah di Mydin Mall Pasar Raya Borong Terbesar di Meru Raya.


Pelaburan sebanyak RM 150 Juta kos pembangunan mendirikan sebuah pasar raya 
besar ini. Mydin Meru ini terletak di dalam kawasan Meru Bandar BioDicity dan 
memikul tanggungjawab untuk menjadi sebahagian daripada faktor pembangunan 
untuk negeri perak.

Pada bulan Julai 2012 di Manjoi, Perak akan membuka cawangan Mydin di sana bagi 
memudahkan rakyat di Kampung Manjoi untuk membeli belah khususnya bagi Warga Emas 
yang berdekatan di sekitar Kampung Manjoi.

Antara Promosi Pembukaan  Mydin Selama 3 Hari  :-

Ayam beserta kepala dan kaki 1kg : RM 3.99
Udang Sederhana (M) 1kg : RM 7.99
Tomato Segar 1kg : RM 0.89
Tembikai Merah : RM 0.49
Beras Cap Langsat 10kg : RM22.99


Antara barang makanan basah contohnya seperti ikan Cencaru, Ikan Kerisi, Ikan Keli dan 
pelbagai lagi jenis yang di pasarkan. Sayur-sayuran, buah-buahan yang segar di pasarkan 
di sinie.Anda boleh membelinya secara borong.


Bagi kaum wanita yang gemar bergaya boleh la membeli belah seperti Tudung, Kerongsang,
Baju Kurung dan Kain pasang di sediakan. Banyak kelebihan yang terdapat disini 
dan juga dapat memuaskan hati pelanggan yang berkunjung di Mydin ini. 

Antara Rakan Media dari Blogger Perak yang menyertai :-


Dari Kanan Syakir Rahman, Ros Anisza. Dari Tengah Cik Nia dan Dari Kanan Aimi Farhana
dan juga saya Norayu Barbydol. Dan tidak lupa juga terima kasih kepada Derita Merindu 
yang banyak membantu saya dan juga rakan blogger lain yang mengikuti Perasmian 
Mydin ini. 


Wajah Kecomelan Kami Blogger Perak. 

2 comments :

Assalamualaikum...
Sila tinggalkan Comment anda ^^

 

Since 2010-2019 | Copyright by © Ayu Barbydol. Design by me Ayu Barbydol