Sunday, May 13, 2012

Hari Pertunangan



A s s a l a m u a l a i k u m

Hari Pertunangan yang dinantikan telah pun selamat pada 5 Mei 2012 bertemakan 
Pink. Seramai 280 orang menghadiri majlis Pertunangan maksu saya. Bukan 
saya yang bertunang. Saya lambat lagi dalam 5 tahun akan datang kot.


Ini adalah pelamin yang dibuat sendiri oleh ibu saya yang sangat kreatif membuatnya.
Pada pagi sabtu tu punya la ramai orang datang dah macam kenduri kahwin pun 
ada. Ada mak andam sesat ke rumah pun ada. Aduhaiii memang melawakkan 
yang aku dah keras perut dalam bilik gelak-gelak. Time tu aku tengah 
bersolekkan maksu.


Antara hantaran yang di buat sendiri oleh ibu, maksu dan makyong. Mereka ini memang
pandai la nak buat sendiri barang-barang hantaran nie. Bertemakan Pink Flower.
Dah macam pegi dekat taman bunga pulak.


Selepas dah bersiap solek bagai kami pun bergambar sesama di atas pelamin yang
serba serbi mewah ini. Comel x kami sekeluarga?? Gambar agak jauh untuk nampak
muka maksu yang saya makupkan. Tapi alhamdulillah saya berjaya makupkan dengan 
hasil tangan saya sendiri. Sejam kemudian sampai la sudah pihak lelaki hantar 
angkatan meminang dan juga menetapkan tarikh perkahwinan mereka.


Hantaran bagi pihak lelaki bertemakan warna keemasan. 


Comel x maksu dan juga bakal paksu. Semoga mereka kekal hendaknya.
Nampak sepadan je kan ?? Tarikh persandingan mereka pada 1.12.12
Tarikh yang sangat cantik.


Kami pun xlepas peluang bergambar sesama. Biasa la gedik always huhuhu. Thanks
Cik Aimi Farhana sudi pakai pink sesama dengan saya. Bersanding pun sama-sama.
Insyallah pada hari pertunangan saya nanti dijemput kawan-kawan bloger hadir ok.
Cewahhh perasan betol minah barbydol nie ye ??? ^^

Ajal maut jodoh pertemuan semuanya di tangan tuhan. Bila kita kehilangan 
seseorang insyallah nescaya allah akan ketemukan kita seorang
lelaki yang lebih baik dari apa yang sebelum ini. Alhamdulillah kebahagiaan 
yang dinantikan telah pun muncul dengan berkat kesabaran menanti
hari bahagia. Terima kasih ya allah kau memberikan hari gembira untuk
maksu saya bertahun-tahun dia menanti Alhamdulillah :)


7 comments :

  1. wahh..cantikkk!!


    terus rasa teruja nk bertunang..haha!

    ReplyDelete
  2. @zatiey : cantik kan ??? saya pun jadi teruja rasa nak bertunang cepat2 pun ad :)

    ReplyDelete
  3. cantiknyaaa! ingtkan ayu nak bertunang! nnty jgn lupa jemput fae yea..;)

    ReplyDelete
  4. cumil tema pink...
    and btw, maksu tu cantik... :)

    ReplyDelete
  5. cantiknye pelamin tu .
    comel jep !
    pandai ibu sys :D

    ReplyDelete

Assalamualaikum...
Sila tinggalkan Comment anda ^^

 

Since 2010-2019 | Copyright by © Ayu Barbydol. Design by me Ayu Barbydol