Thursday, February 17, 2011


132000001320000013200000132000001320000013200000




132000001320000013200000132000001320000013200000


Time boring lepak dekat KTM,Taman Jepun & Gunung Helang mencari ketenangan melihat org ramai...
Siap buat Posing abis...thanks pade BFF ku Ieka..diala Photographer yang paling sporting.huuhuhu...
Cuti lagi leh posing abis lepas nie...(^___^)  miss u Ieka 




At KTM Ipoh...dekat snie ramai photographer for wedding possing dekat snie..aku pun tumpang sekaki...
Paling Best Time Niehh..tgh panas2 aku nk posing jugak...


Cntikkan Background kt Taman Jepun di atas nie??? kt snie pn jadi perhatian orang ramai untuk posing...
Especially for wedding...aku kwen nanti nk posing kt snie jugak..huhuhuhuu....tapi make sure msti sporting x mo malu2..malu2 nanti x cntik pix 2...




Pix nie plak dekat Gunung Helang...
Pemandangan dia memg cntik ad Air Terjun...memg bestla...






Monday, February 14, 2011

This is my hubby...



Niela hobby sygku suka sgt pada binatang....emmm dah angap binatang nie bg biasa bg dia termasuk haiwan berbisa nie...dalam pix dia atas nie bukan ular..nie belut je hhaaaa nampak je gaya macm ular.....jgnla anda tertipu melihat pix nie (^__^)

Sunday, February 13, 2011

Rahsia Lelaki Melalaui Zodiak

Zodiak bg Leo


Dia seorang yang agak tinggi ,kurus , gerakanya cepat tetapi lembut. Matanya besar dan menarik , dan rambutnya ikal .Bibirnya mungkin nipis .Dia suka menolong dan membantu orang. Dia berkeyakinan dan berpersonaliti kuat , ini membolehkannya maju dan memimpin . Dia juga suka menjadi popular dan di puji .Kehidupan cinta adalah penting padanya kerana dengan adanya orang yang mengasihinya membuatkan dirinya penting .Bila dia terlibat dalam hal romantik , dia mudah bernafsu tetapi mudah pula reda Rupanya yang tampan dan yakin menyebabkan pasangannya merasa bertuah , tapi pasanganya perlulah menghormatinya , dan setia, kerana dia adalah lelaki yang cemburu, dari itu sebagai isterinya , jangan mudah anda melihat atau merngerling lelaki lain .Lelaki ini percaya kepada perkahwinan dan menganggap rumahnya sebagai tempat berehat , dan isterinya memberikan keselesaan setelah dia penat bekerja.(Beginilah sikap / Perangai My Hubby yang paling kuat cmburu....sushnye nk pujuk balik mengalahkan pempuan..hahahaaa..luv u syg...) (^_____^)



Tuesday, February 8, 2011

Tips Memenangi Hati Lelaki


Dalam menjalinkan hubungan antara lelaki dan perempuan, setiap perlakuan, pergerakan, tutur kata dan bahasa badan diperhatikan.

1 - Banyak lelaki yang sukakan wanita yang mempunyai sikap berterus terang dan tidak berpura-pura. Jadi janganlah menunjukkan sikap hipokrit kerana lama-kelamaan tembelang anda akan pecah juga.?
2- Tahu menjaga diri dan membuatkan diri dihormati sebagai seorang wanita. Jarang ada lelaki yang mahu mengambil kesempatan ke atas wanita yang pandai menjaga harga diri.
3- Bijak bergaya. Tidak seharusnya memperagakan tubuh badan tetapi berpakaianlah mengikut kesesuaian tempat dan suasana
4- Penyayang, manja, lemah-lembut dan romantik.
5- Berkaliber dan boleh dibawa berbincang.?
6- Penghibur, suka tersenyum dan sentiasa riang.?
7- Menghormati perasaan orang lain.?
8- Pandai menjaga personaliti diri agar sentiasa nampak kemas dan menarik.
9- Lemah-Lembut dalam tutur kata dan pandai menyusun ayat.
10- Berfikiran terbuka dan boleh dibawa ketengah dan ke tepi.
11- Tidak terlalu gemuk dan tidak terlalu kurus.
12- Menpunyai karier dan cita-cita. Lelaki suka jika pasangannya mempunyai pengetahuan yang luas.
13- Pandai mengambil hati orang tua.
14- Lelaki tidak suka wanita yang kasar, suka bertepuk tampar atau mencubit walau baru pertama kali berjumpa.
15- Jangan menunjuk-nunjuk barang kemas dan memakai terlalu banyak kerana ada lelaki yang berasa anda mata duitan.
16- Elakan sikap suka berbohong kerana ia akan membuatkan lelaki sukar untuk mempercayakan anda lagi.
17- Jangan suka merengek..
18- Jangan suka mengarah lelaki.
19- Jangan meninggi suara atau menengking walau kita tidak berniat untuk berbuat begitu.
20- Biarkan pasangan membayar bila dia mahu berbuat begitu kerana bila kita menolak dia merasakan egonya tercabar.
21- Jangan ketawa mengilai-gilai.

Pantang wanita kalau lelaki begini


Lelaki memang berbeza dari wanita. Setiap ciri adalah berbeza samada dari segi percakapan, gaya, gerak geri, penulisan dan sebagainya. Dan sebab itulah terdapatnya beberapa sikap yang pantang bagi wanita sekiranya lelaki berbuat begini kepada dirinya.

Suka menyampuk
Apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun.

Memerintah
Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, apabila buka pintu, buat kopi,’angkat kasut dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti boleh tolong buatkan kopi ? dan tolong buka pintu tu?



Bergurau kasar
Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata aku gurau pun tak boleh.

Cepat naik berang
Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami.

Cakap besar
Sikap lelaki yang suka syok sendiri sunggug membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik.

Suka mengawal
Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman, keluhan tidak didengar secara empati tetapi dengan cepat diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Memberi huraian yang tidak dipinta.



Ego sebesar gajah
Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan. Tidak mahu merendahkan diri.

Tidak suka meluah emosi
Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai.

Buat wanita rasa bersalah
Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang, lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu.

Lokek beri pujian
Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik. Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan. Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya.



Pengotor
Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang sekitaran.

Lupa hari-hari istimewa
Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa.

Tidak tunjuk rasa kasih
Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot, tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman, gurauan, berkongsi masalah dan dakapan.




Monday, February 7, 2011

♥♥ Hukum Sambut Velentine ♥♥





Umat Islam di setiap negara tidak digalakkan menyambut perayaan ini, kerana dipercayai akan menyerupai orang kafir menerusi perayaan berskala seni ini.
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.
Kebiasaannya, pasangan yang belum berkahwin menyambut perayaan berskala seni ini akan berakhir dengan aktiviti maksiat seperti berzina, sehingga terjadinya kes melahirkan anak luar nikah, menggugurkan anak dan seumpamanya.


 

Since 2010-2019 | Copyright by © Ayu Barbydol. Design by me Ayu Barbydol