A s s a l a m u a l a i k u m....
Terlebih dahulu saya nak ucapkan Salam Nisfu Syaaban hari tutupnya buku amalan kita semua.
Selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru . Semoga amalan
kita di dunia nie cukup ye.. :)
Korang nie Pecinta Haiwan x?? Mestila kan pencinta haiwan betol x?? lebih-lebih lagi Kucing kan ??
itu la yang paling famous sekali klo korang nak bela kan?? Tapi lain sikit dengan Encik BF saya nie
terlebih suka dengan binatang termasuk binatang yang berbisa. Kalau boleh nak buat ZOO
sekali dekat belakang umah.
Siapa yang minat Arnab? mesti semua suka kan ??? Baru-baru nie Encik BF dapat anak buah baru
iaitu Arnab kesayangan dia la. Comel-comel semuanya. Saya pun giler dengan arnab nie jugak
cute sangat. Dulu Encik BF bagi dkat saya Tam & Kimut tu panggilan manja saya beri masa
membela Arnab dulu. Sekarang mereka dah selamat dikebumikan di belakang rumah opah
mati terkena racun nyamuk 2 tahun yang lepas.
Ini dia arnab kesayangan Encik BF baru dua minggu katanya tapi dah nampak comel sangat.
Banyak sangat arnabnya. Terigin di hati nak membela balik tapi takut la kene racun nyamuk
lagi. Biasa la kampung saya nie ada Denggi rajin bebeno la menyembor dekat kawasan2 umah.
Encik BF nie xpla dok Gerik xd nak sembor2 nyamuk kt umah. Kita kat Ipoh memang jauh la.
Yang nie lagi comel mata biru-biru gitu. Not for sale katanya.. Bila dah banyak-banyak nie
jadi xtaw nak bagi nama apa dah terlalu banyak sangat. Korang ada cadangan nak bagi nama
x dekat depe nie? hehehe... Klo saya panggil Kiro and the geng je ^^
Sayangilah haiwan seperti mana kita menyayangi ibu dan bapa kita.
Dia juga Mahluk Allah seperti kita.