Monday, September 10, 2012

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Di Mydin Manjoi



...Assalamualaikum...


Dengan ini saya ambik kesempatan ingin mengucapakan 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Terima kasih sekali lagi kepada Pihak Mydin kerana membuat Majlis Rumah Terbuka
pertama kalinya di Kampung Manjoi Perak dengan jayanya. 

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ini diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu
YB Dato' Seri Hj. Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah
Menteri Kewangan  Kedua merangkap Ahli Parlimen Tambun. Mengiringi 
YB Dato' Seri, YB Dato' Haji Nadzri Bin HJ. Ismail,
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, dan YBhg. Dato' (Dr.)
Hj. Ameer Ali Bin Mydin Mohamed Holdings Berhad. Turut mengunjungi rumah terbuka
ini ialah Ketua-ketua kampung dari 6 daerah di Gugusan Manjoi beserta barisan 
ahli lembaga pengarah MYDIN yang lain.

Dalam gambar nie terselit Atok saya bersalaman dengan 
YB Dato' Seri Hj. Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah

Tetamu yang dijangka hadir seramai 5,000 tetamu dari pelbagai kaum akan hadir untuk
memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Pasar Raya Besar Borong MYDIN 
Manjoi, Ipoh, yang diadakan buat pertama kalinya meraikan semua pengunjung

yang datang ke MYDIN Mall Manjoi.  Konsep Raya di MYDIN Manjoi ini

berkonsepkan Raya 1Malaysia dimana ia dapat mengeratkan perpaduan

kaum dalam kalangan anggota masyarakat di negara kita. Majls Rumah

terbuka ini bermula dari jam 12.00Tgh-3.00Ptg. 


Pelbagai makanan yang dihidangkan di sini seperti Mutabak, Nasi Goreng, Lemang 
dan pelbagai lagi jenis makanan yang dihidangkan untuk semua pengunjung yang 
hadir disini. Juadah makanan raya ini disediakan dan dimasak oleh penduduk
 Manjoi sendiri dibawah penyeliaan Persatuan Penjaja-penjaja Kecil Melayu 
Pasar Malam Bergerak Bahagian Kinta.

Credit this pic : Derita Merindu 



1 comment :

  1. Nice blog :)
    salam kenal sobat :)
    di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

    ReplyDelete

Assalamualaikum...
Sila tinggalkan Comment anda ^^

 

Since 2010-2019 | Copyright by © Ayu Barbydol. Design by me Ayu Barbydol