Showing posts with label MAKAN BEST #IPOH. Show all posts
Showing posts with label MAKAN BEST #IPOH. Show all posts

Thursday, November 17, 2016

MEGGIE KETAM IPOH



...Assalamualaikum...

#meggieketamipoh di taman meru. Meggie ketam yang paling best & sedap yang pernah ayu rasa dekat area ipoh nie. Kerap kali juga ayu datang makan dekat sini. Bila balik je umah mentua husband jom pekena meggie ketam. Husband pun jommmmkan aje. Dari kami bercinta-cintan sampai la dah kahwin kami rajin datang makan meggie ketam dekat sinie. 


Bukan setakat meggie ketam je ada menu lain juga tau. 
Ada Meggie Udang, Meggie Udang Galah, Nasi Goreng udang, Nasi Goreng Ketam, & Udang/Ketam Masak merah. Tengok menu dia pun nampak sedap kan. ?? Mari la reramai serbu meggie ketam dekat sini. First time makan kami mencuba meggie ketam dulu. Ayu nie allergic seafood tapi disebabkan ada perasaan ingin mencuba so redah jela makan ketam dan di bantu oleh husband tolong habiskan makan. 



Next-next kami datang lagi.. kami order meggie biasa dengan udang pula. Meggie biasa pun ada ok! Kalau rasa nak makan tak nak ada udang/ketam meggie biasa pun ada.  Conferm tak rugi. 
Selamat mencuba ye ^^

Waktu Beroperasi : Isnin-Sabtu
5PM-12AM
Taman meru 1A Jelapang 30020 Ipoh Perak



Wednesday, February 10, 2016

I LOVE IPOH ~ ~ #IPOHBEST



...Assalamualaikum...

Lama cik doll tak hupdate entry. Location dekat PLAN B di Ipoh,Perak cik doll berklik..klik gambar.
Siapa kata IPOH tak best ?? Ipoh best kome macam-macam ada..Istimewanya  tempat nya menarik boleh bergambar bagai especially kalau nak buat out door wedding / pre wedding. Cantik okey !!


Cik doll tak lepas berpeluang nak bergambar dengan BFF cik dol. 

Bila dah seharian jenjalan jadik lapaq tak hingat. So kiteorang decide nak makan western di 
ELNEGRA. Sampai je sana jadi jakun sekejap cantik betol decoration cafe diorang nie
so cik dol bagi 5 star memang superb ala klasik.. best wooo..




Pilihan menu kami spageti carbonara serius sedap. Cik doll tak suka makan spagetti carbonara
tapi bila mencuba spageti carbonara di ELNEGRA jadi selera plak tekak nie dan tak muak.
Cik doll dah mencuba.. korang bila lagi nak mai IPOH !!

Sunday, October 11, 2015

SINGGAH STEAMBOAT & BBQ #GOPENG



...Assalamualaikum...

"BUFFET STEAMBOAT & BARBEQUE"  update 4 today pasal makan. Bila update entry nie perut pun apa lagi krok krek krok krek lapar. 2 bulan lepas cik doll singgah steamboat & bbq nie berdekatan dengan RTC GOPENG. Kedainya betol-betol dekat tepi jalan. So korang boleh nampak banner STEAMBOAT. Waktu beroperasi dari pukul 6pm - 12pm.  


Yang paling bestnya makan steamboat dekat sinie murah jeeeee... RM15 sekepala.. murah kan ?? Makan la  banyak mana pun. Makan sampai muntah ok !! .. huhuhu berbaloi makan steamboat dekat sini.  Kita boleh pilih nak sup / tomyam. Pilihan cik doll semestinya tomyam favourite katakan.


Paling uniknya lagi steamboat dekat sini pakai arang je nak bakar bbq pada bahagian tengah kuali. Senang je.. pakai arang lagi cepat nak masaknya. emmmm sedap kan ? pada bahagian keliling kuali tu kita masukkan la kuah tomyam untuk steamboat.. Sedap ok gerenti korang berpuas hati makan. Kakak..kakak..abang..abang..makcik...makcik.. pakcik..pakcik.. jemputla singah reramai mencuba steamboat & bbq nie tak rugi pun.. Untuk kanak-kanak pula berusia 4 tahun dan kebawah bagi percuma tau.  !! 






Tuesday, August 18, 2015

THUMBS CAFE #IPOH


...Assalamualaikum..

Dah lama cik doll tak menaip so arinie free daptlah hupdate blog. Terliur tak korang tengok menu makanan nie ?? Of course la terliur tetiba jadi lapo nak makan. Location dekat Ipoh perak (THUMBS CAFE). Apa yang menarik kt sini semestinya western food. Bukan setakat western je ada jugak menu lain seperti  nasi kalau yang tak biasa makan western nie jadi ada pilihan tak perlu la risau ^ ^.


Menu pilihan cik doll  Spageti Bolognaise & Chicken Chop with Mushroom Sauce. Setiap kali cik doll datang dengan encik tunang nie pilihan kiteorang.. Rasenya dah 4x kiteorang datang makan tapi tak berpeluang nak update bzy je memanjang. Thumbs cafe nie berkonsepkan ala-ala klasik. Memang menarik kalau korang yang suka berselfie boleh la berselfie bersama-sama keluarga tercinta.


Nak parking kereta pun tak susah mana pun ada je parking kosong korang tak perlu risau nak cari parking cecepat kan. Time cik doll datang hujan pulak lagi bertambah lapar la perut nie nak makan. Jom close-up menu favourite cik doll :-

Spageti Bolognaise 

Chicken Chop with Mushroom Sauce

Lemon Asam Jelly



Nampak menarik + sedap kan ?? rugi kalau korang tak merasa makan kt sinie.. Kawan-kawan cik doll yang duduk area KL, PINENG, PAHANG, TERENGGANU mai la hampe datang IPOH 
sekali sekala nak merasa makan kt sini roger-roger je sementara belum kahwin nie haa.. Kalau korang nak merasa makanan western food sedap kat Ipoh datang ke Thumbs Cafe ok !!


Address : 133, Jalan Sultan Abdul Jalil, 30450 Greentown, Ipoh
Working Hours : 6PM - 1AM
Closed : Tuesday




 

Since 2010-2019 | Copyright by © Ayu Barbydol. Design by me Ayu Barbydol