...Assalamualaikum...
Syukur alhamdulillah di beri kesempatan nak update blog cik doll yang dah lama menyepi since laptop hilang.. waaa... sedih kot.. Pada 27.02.2015 my lovely sister diijab kabulkan pada hari
jumaat selepas asar. Berdebar-debar adik ipar cik doll dari P.pinang ke Ipoh menanti hari nak bernikah. Bernikah di Masjid Saadah Kg Dato' Ahmad Said Tam. II. Bertemakan
Putih Turquoise di jadikan pilihan pada hari pernikahan. So sweet gitu !!
PERSANDINGAN PEREMPUAN - 28.02.2015 (SABTU)
Pada hari persandingan belah perempuan bertema kan warna peach dan di makeupkan
oleh kak Maria D'Touch lagi nampak serinya muka adik pada hari persandingannya. Cik Doll
rase berpuas hati hasil tangan kak maria makeover muka adik jadi cantik sangat
masa hari bersanding. Kalau korang nak kahwin ke bertunang ke cik doll suggest cuba la
dengan kak maria nie sporting + lembut je orangnya. Tak rugi pun kalau korang
abiskan duit makeup dengan kak maria. Sangat-sangat berpuas hati.
Nampak gorgeous adik cik doll kan?? Alhamdulillah hari persandingan pada hari sabtu yang
sudah semuanya berjalan dengan lancar. Cantik pemandangan outdoor untuk photo shoot
wedding adik. Nak tahu lokasinya dekat mana ? Area Klebang at Ipoh Perak.. Memang owsem
sangat kalau buat photo shoot kat sinie.. So kalau korang nak cari tempat cantik nak outdoor
for wedding or apa-apa la nak photo shoot moh lee pakat reramai kesana.. memang cantik ok !
PERSANDINGAN LELAKI - 14.03.2015 (SABTU)
Pada hari persandingan belah lelaki pula Cik Doll fly ke P.Pinang a.k.a drive ke Pinang jerk.
Bertemakan warna grey simple but nice. Kami sekeluarga bertolak dari pukul 9.00 am
sampai pinang around 12 pm sebab sesat larat yolah baru pertama kali mai kan.. idok la
taw jalan rupa mana.. pakai waze pun boleh sesat jugak. So far semuanya berjalan dengan
lancar kami selamat pun sampai tak ada satu pun yang tertingal kebelakang.
Sesi bergambar bersama keluarga besan ibu dan ayah. New family la katakan. Cik doll bila
pula nak kahwin ?? Adik dulu kahwin kakak nya belom lagi. Soalan nie sering di tanya
oleh kekawan dan juga family.. Ala rilex la dulu ye idak.. Insyallah belum sampai lagi
jodoh cik doll sampai masanya nanti ada la yang penting cari yang ikhlas yang menyanyangi
kita dan terima serba serbi kekurangan kita itu yang penting. Bukan main redah je nak kahwin nie.
Kahwin biarla sekali dalam seumur hidup kita. So doakan cik doll bertemu jodoh dengan cepat amin.
cantikk..:)
ReplyDeletewah cantiknya gambar2 tue
ReplyDeletewah cantiknya gambar2 tue
ReplyDeletemoga cik bertemu jodoh cepat..:)
ReplyDelete@Ms. Kejupenyet : tq ^^
ReplyDelete@confdeb : dah jumpa cuma tunggu green light je ye idakk :P
ReplyDelete