Update for today Lelaki yg kuat cemburu... So spe2 yg ad bf 2 mai2 bce entry ku kali nie..biar korg taw tahap mana cemburu mereka n perbaiki la diri anda jika nk kan hubungan korg kekal melalui zodiak mereka..
Leo
Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.
Virgo
Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.
Scorpio
Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.
Capricorn
Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.
Aku ada 4 zodiak sahaja dipaparkan dekat snie coz aku suka tgok peragai lelaki cmburu mcm nie melalui 4 zodiak niela..jadi sesiapa yg ad bf zodiak kt ats nie pndai2la korg jgn sampi tahap cemburu diorang melampau k (:

No comments :
Post a Comment
Assalamualaikum...
Sila tinggalkan Comment anda ^^