Monday, June 1, 2015

WEDDING ONIE & SHAFIE



...Assalamualaikum...

Syukur alhamdulillah di beri kesempatan nak update blog cik doll yang dah lama menyepi since laptop hilang.. waaa... sedih kot.. Pada 27.02.2015 my lovely sister diijab kabulkan pada hari 
jumaat selepas asar. Berdebar-debar adik ipar cik doll dari P.pinang ke Ipoh menanti hari nak bernikah. Bernikah di Masjid Saadah Kg Dato' Ahmad Said Tam. II. Bertemakan 
Putih Turquoise di jadikan pilihan pada hari pernikahan. So sweet gitu !!





PERSANDINGAN PEREMPUAN - 28.02.2015 (SABTU)
Pada hari persandingan belah perempuan bertema kan warna peach dan di makeupkan 
oleh kak Maria D'Touch lagi nampak serinya muka adik pada hari persandingannya. Cik Doll 
rase berpuas hati hasil tangan kak maria makeover muka adik jadi cantik sangat 
masa hari bersanding. Kalau korang nak kahwin ke bertunang ke cik doll suggest cuba la 
dengan kak maria nie sporting + lembut je orangnya. Tak rugi pun kalau korang 
abiskan duit makeup dengan kak maria. Sangat-sangat berpuas hati.

 


Nampak gorgeous adik cik doll kan?? Alhamdulillah hari persandingan pada hari sabtu yang 
sudah semuanya berjalan dengan lancar. Cantik pemandangan outdoor untuk photo shoot 
wedding adik. Nak tahu lokasinya dekat mana ? Area Klebang at Ipoh Perak.. Memang owsem 
sangat kalau buat photo shoot kat sinie.. So kalau korang nak cari tempat cantik nak outdoor 
for wedding or apa-apa la nak photo shoot moh lee pakat reramai kesana.. memang cantik ok ! 

PERSANDINGAN LELAKI - 14.03.2015 (SABTU)
Pada hari persandingan belah lelaki pula Cik Doll fly ke P.Pinang a.k.a drive ke Pinang jerk. 
Bertemakan warna grey simple but nice. Kami sekeluarga bertolak dari pukul 9.00 am
sampai pinang around 12 pm sebab sesat larat yolah baru pertama kali mai kan.. idok la 
taw jalan rupa mana.. pakai waze pun boleh sesat jugak. So far semuanya berjalan dengan 
lancar kami selamat pun sampai tak ada satu pun yang tertingal kebelakang. 


Sesi bergambar bersama keluarga besan ibu dan ayah. New family la katakan. Cik doll bila
pula nak kahwin ?? Adik dulu kahwin kakak nya belom lagi. Soalan nie sering di tanya 
oleh kekawan dan juga family.. Ala rilex la dulu ye idak.. Insyallah belum sampai lagi 
jodoh cik doll sampai masanya nanti ada la yang penting cari yang ikhlas yang menyanyangi 
kita dan terima serba serbi kekurangan kita itu yang penting. Bukan main redah je nak kahwin nie.
Kahwin biarla sekali dalam seumur hidup kita. So doakan cik doll bertemu jodoh dengan cepat amin. 


Tuesday, March 24, 2015

WELCOME TO THE WORLD MOHAMAD IFFAT HAZIQ




....Assalamualaikum....
Dah lama tak update blog ayu yang kusam nei.. alhamdulillah PENANTIAN dalam 
keluarga kami muncul orang baru dalam rumah kami. Si comel bam..bam.. 
Congrate acu u get son cute. May ALLAH bless you Acu. Penantian selama 3 tahun 
alhamdulillah anak sedara mu ini tumpang happy sekali ok..


Ini lah mama & papa Haziq.. comey x kita.. ngeee.. Kenduri semalam semuanya berjalan 
dengan lancar. seramai 200 orang yang hadir Majlis Aqiqah termasuk sedara mara
dan kawan-kawan ku yang hadir semalam. Thank You very much !! muahhh.. 
Dah macam rupa orang kahwin je.. ^ ^




Tarikh aqiqah Haziq jatuh pada Hari Ibu sedunia.. Ayu ucapkan selamat Hari Ibu
ye.. Ayu sayang ibu sangat.. tanpa ibu.. ayu tak akan berada di sinie.. Kami raikan sekali
dengan potongan kek bersama ibu-ibu.



... Wajah-wajah ibu ...


Tak lupa juga korang yang hot nie. Kawan seperjuangan zaman study (praktikal).
Thank you Lie & Che Wan datang. 

Ibuku yg baik...Maafkan aku, jika pernah melukai perasaanmu.Maafkan aku, selalu mengecewakanmu.Maafkan aku, anakmu ini.

Monday, March 23, 2015

IN MAGAZINE EDISI JUN 2013





...Assalamualaikum...

Terlebih dahulu ayu nak ucapkan terima kasih kepada Majalah Remaja sebab memilih blog ayu menjadi ruangan blogspot keluaran 1 JUN 2013. Macam tak percaya blog Cik Doll masuk Remaja kome. Yang paling terujanya satu page tu blog Cik Doll je. Semalam just saja-saja membelek majalah remaja trai tengok-tengok punya la terkejut dalam ruangan blogspot 
"FANTASIA AYU BARBYDOL"
menjerit la apa lagi kat kedai tu mujurla tak ramai orang. Over kan  cik Ayu Barbydol kita nie heheheehe ^^



Entry yang di paparkan di ruangan blogspot ini berkaitan dunia mendesign Cik Doll. Dah sedia maklum ayu banyak memperbanyakkan design blog. Perasan tak siap bagi markah lagi tu. Alhamdulillah jadila 4/5 kira banyak jugak tu kan ??

Kalau korang nak baca lebih lanjut pasal BLOG AYU BARBYDOL di  REMAJA apa tunggu lagi cepat-cepat pegi beli edisi JUN 2013. Tq Remaja memilih Blog Ayu Barbydol dalam ruangan blogspot beribu orang dalam dunia blogger ayu terpilih. 

Terima Kasih !!

Monday, November 10, 2014

Saya di Gerik Perak...



...Assalamualaikum...

Akhirnya baru ada berkesempatan nak update my personal life. Hampir 2 tahun saya tak menjejakkan kaki ke Gerik.. Last day beraya rumah kawan lama. Bila sampai je sini teringat kembali zaman study. Zaman-zaman cinta nak mula berputik di sini la tempatnya. Hanya tingal kenangan je yang penting mulakan hidup baru & kita enjoi hehehe..



Pada 21.9.2014 (Ahad) akhirnya saya sampai di sini juga pergi wedding kawan study dulu. Congrate Nozi kahwen jugak la kawan aku sorang nie. Pergi bertiga je dengan adik dan my beloved BFF Aimi Farhana. Alhamdullillah kami selamat sampai ke destinasi. Selepas je makan kami terus pergi ke Landasan Kapal Terbang Hulu Gerik. Dah banyak perubahan Gerik nie baru tinggalkan 2 tahun dah ada banyak pembangunan di sini.


 Me & lovely sister tak lama lagi nak jadi bini orang dah. Kecik beso je kami nie. Kami tak lepas peluang berposing di lapangan.. Subahanallah cantik sungguh pemandangan di sini. Kalau nk buat PHOTOSHOOT cantik tempat macam nie untuk bergambar kan ??




Lastly sebelum balik ke IPOH singgah sebentar di Taman Inai Gerik bersebelahan dengan Lapangan Terbang tadi. Kami comel kan. ? Kami tetap sama walaupun aimi dah jadi wife tapi tetap perangai giler-giler. Selamat Tinggal Gerik insyallah kalau di beri peluang lagi saya datang lagi. Amin...

Sunday, November 2, 2014

Tempahan Banting (PART 1)



...Assalamualaikum...

Alhamdulillah ada 3 design banting yang siap di design dan juga cetakkan.
PERCETAKAN : 1 FEET - RM2.50
DESIGN : RM30.00
Untuk menempah boleh direct email ke ayubarbydol_123@yahoo.com
or
FB PAGE AYU BARBYDOL

Oder by : Sabri Ramli
Size : 2 feet x 5 feet

Oder by : Sasa Closets
Size : 2 feet x 5 feet

Oder by : Melisa 
Size : 2 feet x 2 feet

...Terima Kasih...

Monday, September 29, 2014

Design Full Template (PART 9)


...Assalamualaikum...

Alhamdulillah ada beberapa design Full Template Blog yang telah siap di design.
If berminat untuk oder sila WHATSAPP ke - 017-5956909 (Ayu)

Oder by : Dik An's Stroy (PACKAGE 1)

Oder by : Munirahizzan (PACKAGE 1)

Oder by : Sue's Sweets (PACKAGE 2)

Oder by : NNA BeautyShop (PACKAGE 1)

...Terima Kasih...

Friday, September 19, 2014

Tempahan Sticker (PART 1)



...Asslamualaikum...

Untuk menempah sticker WHATSAPP 017-5956909 (Ayu) / 
email ke ayubarbydol_123@yahoo.com 


Size sticker : 5cm x 5cm
Oder by : Sue's Sweets

Size sticker : 5cm x 5cm
Oder by : Bell' Licious

Size sticker : 5cm x 5cm
Oder by : De Ayu Boutique

...Terima Kasih...

Friday, September 5, 2014

Tempahan Bisness Card (PART 2)



...Assalamualaikum...

Alhamdulillah di sini saya berkesempatan mengupdate blog. Ada beberapa design
bisness card yang dah siap di design. If berminat untuk menempah boleh
WHATSAPP saya terus 017-5956909 (Ayu) / email ke 
ayubarbydol_123@yahoo.com 



Size Bisness Card : 90mm x 54mm
Oder by : Munirah (Design Only)

Size Bisness Card : 90mm x 54mm
Oder by : De Ayu Boutique (Design with Printing)

Size Bisness Card : 90mm x 54mm
Oder by : Pn Wawa (Design Only)

Size Bisness Card : 90mm x 54mm
Oder by : Sasa Closets (Design Only)

...Terima kasih...

 

Since 2010-2019 | Copyright by © Ayu Barbydol. Design by me Ayu Barbydol