Thursday, August 16, 2012

Tempahan Template Mereka (PART 2)



...Assalamualaikum...

Alhamdulillah Rezeki Bulan Ramadhan Tempahan Template Mereka (PART 2). 
Di sinei ada 5 Tempahan Full Template dari mereka. Terima Kasih yang teramat sangat 
sebab sudi dan percaya dengan hasil kerja tangan saya mendesign blog anda. Lagi 2 hari 
saja lagi kita nak menyambut Syawal. Cik Doll mengucapkan 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.







Perhatian ye tiada sebarang Tempahan mulai hari ini 16 Ogos 2012 sampai saya abis raya 
pada 27 Ogos 2012. Bagi mereka yang ingin menempah tunggu selepas raya yep :P


Friday, August 10, 2012

Appy Beday Cik Doll Ke - 22


....Assalamualaikum....


Appy Beday To You... Appy Beday To You.. Appy Beday To Cik Doll
♥♥♥ Appy Beday To you ♥♥♥

Semalam genaplah sudah umur ku 22 tahun. Alhamdulillah saya masih boleh lagi bernafas
dan allah memberi peluang kepada ku untuk teruskan hidup dan banyakkan amal 
ibadah. Lagi seminggu kita nak menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Pejam celik kejap 
rasanya masa berlalu dengan pantas sangat kan??

Saya menyambut befday + berbuka puasa di KFC Tasik with my Blogger Perak
Aimi Farhana & Maksu tantek saya Zaira Zarel. Kami bertiga je semalam.
Best x kek cik doll nie ?? Sedap sangat kek nie. Tq korang celebrate beday kita huk.huk.


Sesi memotong kek olok2 time snap nie belum lagi waktu berbuka puasa olok2 je nie. Kita 
puasa taw hehehe. 


Kami bertiga buat muka tomel2 gitu. Tq korang sayang ketat2 ♥


Tuesday, August 7, 2012

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim & Pengagihan Bubur Lambuk


Assalamualaikum...

Alhamdulillah rezeki saya dijemput untuk kali yang ke-3 menghadiri Majlis Berbuka Puasa
Bersama-sama dengan Anak Yatim dan juga Pengagihan Bubur Lambuk. Majlis ini
berlangsung pada hari Sabtu 4 Ogos 2012 

Seperti biasa saya bersama-sama dengan sahabat Blogger Perak dan juga 
pihak-pihak media yang lain turut hadir pada majlis tersebut. Majlis ini dianjurkan 
oleh Maggie untuk pengagihan bubur lambuk dengan menyediakan 100 buah periuk. 
Majlis ini diadakan di Mydin Meru Raya. Sesi pengedaran bubur lambuk adalah 
Menteri Besar Perak, Y.A.B Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir, disaksikan 
Datuk Bandar Ipoh, Dato' Haji Roshidi Haji Hashim,
selaku tetamu kehormat.

Antara gambar-gambar pada Majlis Pengagihan Bubur Lambok & Berbuka Puasa Bersama Anak 
Yatim tersebut :

Credit this picture : Aimi Farhana (Blogger Perak)



Sesi ucapan sepatah dua kata dari Menteri Besar Perak, Y.A.B Dato' Seri
Dr Zambry Abdul Kadir


Pengagihan Bubur Lambuk


Anak-anak yatim


Bersama dengan saya Aimi Blogger Perak 

Wednesday, August 1, 2012

Tempahan Template Mereka (Part 1)



...Assalamualaikum...

Terlebih dahulu saya nak mengucapkan bebanyak berterima kasih kepada mereka yang membuat 
tempahan dengan saya kerana yakin dengan hasil kerja saya mendesign blog mereka.
Buat masa nie ada 4 blog yang telah saya designkan untuk lampirkan sebagai portfolio :)

* Tempahan masih dibuka lagi sehingga 17 Ogos 2012

Freebies Doodle Wearing Jubah



Assalamualaikum...

Bulan ramadhan yang mulia nie. Saya cuba design doodle muslimah pakai baju Jubah. Ada 8 jenis
warna pakaian jubah mereka boleh la pilih :)




Monday, July 30, 2012

Tempahan Dibuka



Assalamualaikum

Hari nie dah genap ke- 10 kita berpuasa. Xmo cakap banyak korang baca la 
dekat bawah nie ye. Promosi untuk hari raya je taw ^^


Klo berminat just PM dekat page kami ok ^^


Wednesday, July 25, 2012

Freebies Floral



Assalamualaikum...

Ada 10 design Background Floral yang saya nak share dengan korang. Bagi mereka yang memakai
Template denim boleh guna URL yang telah saya sediakan dibawah gambar. Untuk 
mereka yang memakai template biasa Klik kanan dan Save Image As boleh upload
gambar di bahagian customize dan terus pegi kepada background dan upload ok :)

http://i.imgur.com/We9WQ.png

http://i.imgur.com/ZvmH6.png

http://i.imgur.com/Q5C39.png

http://i.imgur.com/P3ALv.png

http://i.imgur.com/qFSez.png

http://i.imgur.com/0Kysw.png

http://i.imgur.com/jqjSr.png

http://i.imgur.com/AXXHC.png

http://i.imgur.com/P8tP7.png

http://i.imgur.com/P8tP7.png
  

Tuesday, July 24, 2012

Saje Suka-suka



Assalamualaikum...

Lama rasanya tak buat entry. Hari nie dah genap KE-5 kita berpuasa kan?? Syukur alhamdulillah 

kita dapat berjumpa lagi Ramadhan yang mulia nie. So yang mana boleh puasa jangan 

ponteng-ponteng ye ^^


Saje suka-suka ?? Apa kes nie kan wat entry rupe nie ?? Sebenaqnya CEWAHH dah kuaq 

bahasa kedah pulak nohh awak nie kebosanan dipagi hari menunggu pegi kj syok sendiri 

berposing di hadapan camera yang tak dslr nikon nie. Suka sangat main makup-makup 

sampai naik ketagih nak mengadap cermin je. Muka comel + lawa 

macam Siti Nurhaliza xpe la kan ?


Inila rupa muka gedik-gedik manja dari Cik Ayu Barbydol nie.. Comel x ? korang rasa kelako
gelak la puas-puas sebab owner sendiri leh gelak sendiri tengok macam-macam style
nak begambo nie.. 

Monday, July 9, 2012

Power Of Makeup



A s s a l a m u a l a i k u m...

Siapa kt sinie suka makeup? Tipula kan klo wanita x minat makeup2 nie kan ??
Dulunya saya nie kurang berminat nak bersolek-solek di muka nie nak pakai lipstik punya la susah 
nak pakai. Itu pun kene dipaksa oleh ibu saya sendiri masa zaman sekolah dulu.

Now I'm 22 years lagi sebulan je lagi Beday aku akan tiba time Ramdhan yang mulia nie.
Terima kasih kepada kawan saya juga yang banyak mengajar saya bab makup nie
sampai saya semakin ketagih nak makup hari-hari. 



Tengok nie rupa ku sebelum dan selepas makup nampak sama ke lain ?? Nie hasil makup 
dari tangan saya sendiri. Banyak yang saya belajar dari kawan dan juga tutorial 
dari youtube.com banyak tutorial yang korang boleh belajar dekat sana taw.

Antara tutorial yang senang saya paham n like iaitu dari Kak Ayun Ayunar. Tutorial dia best 
sangat korang trai la tengok senang je cuba trai ikut tutorial makup simple bagi mereka yang
x reti langsung nak makup2 nie ^^


Selamat Mencuba !!♥


Wednesday, July 4, 2012

Arnab Kesayangan Encik BF



A s s a l a m u a l a i k u m....

Terlebih dahulu saya nak ucapkan Salam Nisfu Syaaban hari tutupnya buku amalan kita semua.
Selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru . Semoga amalan 
kita di dunia nie cukup ye.. :)

Korang nie Pecinta Haiwan x?? Mestila kan pencinta haiwan betol x?? lebih-lebih lagi Kucing kan ?? 
itu la yang paling famous sekali klo korang nak bela kan?? Tapi lain sikit dengan Encik BF saya nie 
terlebih suka dengan binatang termasuk binatang yang berbisa. Kalau boleh nak buat ZOO 
sekali dekat belakang umah.

Siapa yang minat Arnab? mesti semua suka kan ??? Baru-baru nie Encik BF dapat anak buah baru
iaitu Arnab kesayangan dia la. Comel-comel semuanya. Saya pun giler dengan arnab nie jugak
cute sangat. Dulu Encik BF bagi  dkat saya Tam & Kimut tu panggilan manja saya beri masa 
membela Arnab dulu. Sekarang mereka dah selamat dikebumikan di belakang rumah opah
mati terkena racun nyamuk 2 tahun yang lepas.


Ini dia arnab kesayangan Encik BF baru dua minggu katanya tapi dah nampak comel sangat.
Banyak sangat arnabnya. Terigin di hati nak membela balik tapi takut la kene racun nyamuk 
lagi. Biasa la kampung saya nie ada Denggi rajin bebeno la menyembor dekat kawasan2 umah.
Encik BF nie xpla dok Gerik xd nak sembor2 nyamuk kt umah. Kita kat Ipoh memang jauh la. 


Yang nie lagi comel mata biru-biru gitu. Not for sale katanya.. Bila dah banyak-banyak nie
jadi xtaw nak bagi nama apa dah terlalu banyak sangat. Korang ada cadangan nak bagi nama
x dekat depe nie? hehehe... Klo saya panggil Kiro and the geng je ^^


Sayangilah haiwan seperti mana kita menyayangi ibu dan bapa kita.
Dia juga Mahluk Allah seperti kita. 

 

Sunday, July 1, 2012

Jom Shopping Bawal Printed Plain



A s s a l m u a l a i k u m...

Entry kali nie bab shopping. Korang minat shopping x? Mestila minat bukan? 
Tipulakan klo korang x suka nk bershopping terutama sekali wanita. Betol x??
Harinie Blogshop Ayu D'Collection update Bawal Printed Plain.
Sesiapa yang berminat nak membeli secara on9 jemputlah singgah ye ^^


Ini adalah antara Bawal Printed Plain yang di jual. Berminat boleh la terus ke 

 

Since 2010-2019 | Copyright by © Ayu Barbydol. Design by me Ayu Barbydol