Tuesday, April 24, 2012

Design Back To Top



A s s a l a m u a l a i k u m

Baru hari ini saya ada masa nak buat Tutorial macam mana nak design sendiri
Back To Top menggunakan Adobe Photoshop. Atas permintaan dari 
Pink ex-zora.

Ikut step yang saya berikan dibawah nie. Just simple
design like me. Sesiapa sahaja yang melawat ke blog saya boleh la 
ikut tutorial ini ok 


STEP 1 : Klik file new, masukkan Width dan Height 

Width : 103   Height : 75

pastikan Background Content : Transparent




STEP 2 : Klik pada Horizontal Type Toll untuk taipkan Teks
contoh : TOP terpulang kepada anda nak buat nama apa-apa
sekali pun ok. Pilihla Font yang sesuai dengan tema blog anda dan
juga colour. Kalau nak ikut Font macam saya pilih font jenis
Bauhaus 93 dan colour warna pink lembut


STEP Akhir : Selepas anda dah siap taip sampai puas hati cara nak savenya
Klik File > Save As > file nama korang > save sebagai PNG 


Nie adalah hasilnya bila kita dah siap dan savekan dia sebagai PNG.
Belom habis lagi Tutorial nie ok baca sampai habis. Tu baru nak mendesign
belom lagi macam mana nak save gambar tu letak kat blog dan 
dapatkan URL image gambar yang korang designkan tu.

STEP 1 : Klik Add a Gadjet > Picture > masukkan gambar yang korang
designkan tadi dan save.

STEP 2 : Copy code dibawah ini 

<a style="display:scroll;position:fixed;bottom:5px;right:5px;" href="#"
title="Top"><img src="URLIMAGE" /></a> 

STEP 3 : Masukkan URL Image yang korang savekan tadi >
Klik Kanan Mouse > Copy URL Image 

STEP AKHIR : Pada code yang diberikan tadi paste kan pada 
URLIMAGE tu 


Tadaaaaa..... 
 Dah siap pun kan ??? Senang je tak susah mana pun. Kalau saya terangkan ada
yang x berapa nak paham dan kurang jelas bagitahu dekat saya ok. Saya 
sedia membantu. Jangan lupa deleat gambar yang savekan tadi. Itu cuma nak
ambil URL IMAGE sahaja. jadi boleh la deleat ok.

Selamat Mencuba Tutorial Nie ^^


Monday, April 23, 2012

Free Header Part 1



A s s a l a m u a l a i k u m

Seperti yang telah saya janjikan di Page Blog dan juga FB saya akan update
header free untuk semua sahabat-sahabat bloger dan sesiapa sahaja 
yang berkunjung di blog saya yang tak berapa nak comel sangat nie
sila la pilih header yang tersenarai di bawah ini. Ada 3 pilihan design header yang anda 
boleh pilih. Grab Now !! 


Design Header 1

Design Header 2

Design Header 3


Design Header Untuk Ilisha Ibrahim



A s s a l a m u a l a i k u m

Alhamdulillah selamat la sudah saya menyiapkan header untuk adik Ilisha Ibrahim.
Terima kasih kerana menempah dari kak ayu yang x berapa nak comel sangat 
nie. Dua kali menempah header terima sangat-sangat kerana memberi
kepercayaan kepada saya untuk mendesign.


Kepada sesiapa yang berminat just PM di FB Page Blog Cik Barbydol.
Senang-senang like page nie sekali ok ^^

Sunday, April 22, 2012

Appy Beday Nurul & Memei


A s s a l a m u a l a i k u m

Semalam 22 April 2012 hari lahir Nurul dan Memei. Meriah la juga ada yang menangis pun
ada. Mana tidaknya berebut dengan satu kek. Best sedap sangat kek coklat nie
siap ada strawbery lagi tu. Cream tu memang bestla sedap sangat lagi banyak la saya
menternak lemak di badan nie.


Nie dia kek coklat sedap kan ada strawbery lagi la nampak lebih sedap bukan.
Hari jadi mereka berdua yang ke 7 tahun. Semoga mereka dapat menjadi
seorang anak yang baik dan yang penting si Nurul tu cuba la berubah dan tak
nakal-nakal lagi ok ^^


Yang ini pula menu tambahan selain daripada kek. Ada Nasi Ayam, Ketiaw Sup,
Ayam Goreng dan macam-macam lagi la masakan yang ada sampai
x larat nak makan banyak-banyak nie kan ?


Tengok la si Memey tu muka sedih pulak. Nak potong kek pun nak nangis.
Tengok Nurul rilek je x nangis pun yela dah hari jadi dia. Memey Befday dia dah
lepas pada 22 March 2012 hari lahir diorang sama je cuma beza bulan je 
jadinya sambut sekali jela. Kakaknya tak bagi apa-apa pun
tolong makan jela depan diorang memang kejam kan aku nie huhuhu ^^

Monday, April 16, 2012

Kek Tepak Sireh



A s s a l a m u a l a i k u m

Kek Tepak Sireh ?? Boleh makan ke ? mestilah boleh makan. Nama lagi 
tajuk entry Kek kan? Tapi bila dah tengok rupa kek tu confirm korang x 
nak makan sebab dah nampak cantik dan unik sangat jadi rasa sayang nak 
makan bukan.


Tengok nie cantik bukan ? Credit this picture dari makyang saya dari
Blog Ibu Bakery terlalu kreatif sangat membuat kek bentuk
Tepak Sireh.  Kek nie khas untuk hantaran sahaja. Kalau korang teringin nak 
tengok pelbagai jenis kek yang makyang saya buat. Jemputla singgah ok :)


Friday, April 13, 2012

Design Banner Untuk Kak fie Blogshoop Wafico Shawls House



A s s a l a m u a l a i k u m

Khamis lepas saya design banner untuk kak fie dari blogshoop Wafico
Shawls House. Satu banner saya design RM10 sahaja. Kalau korang berminat 
boleh la order dengan saya ok 


Comel kan ?? Nie baru pertama kali saya membuka tempahan banner 
Tema Pink + Purple. Sebarang pertanyaan boleh la ke 

Thursday, April 12, 2012

New Arrival Handbag For April



A s s a l a m u a l a i k u m

Alhamdulillah untuk kali kedua saya menjual handbag. Ada dua jenis design yang
berbeza. Kepada pembaca blog saya kalau berminat sila la singgah ke
blogshoop saya di Ayu Barbydol Collection. Kesemua item masih
available lagi. 

Di bawah ini ada dua jenis design Handbag. Sebarang pertanyaan boleh la
ke Page Ayu Barbydol Collection bagaimana untuk order.



Yang ini harganya RM40 termasuk postage. Bagi sabah dan sarawak cuma 
tambah RM3 sahaja


Yang ini pula RM42 lebih dua ringgit sahaja dan free postage Untuk sabah dan sarawak 
tambahan RM3 sahaja untuk pengeposan.

✿ Untuk yang berminat sahaja. NO BACKOUT BUYER! 

Monday, April 9, 2012

Kenduri Merisik


Mesti korang terkejut kan x penah-penah saya update kesah kenduri kendara nie 
kan?? Siapa yang merisik nie? Cik Ayu Barbydol ke ? Pada 7 April 2012 alhamdulillah
selamatlah sudah majlis merisik pada hari tersebut semuanya berjalan dengan lancar.
Rombongan lelaki sampai selepas sembahyang Zohor punya nervousnya nk 
menunggu rombongan pihak lelaki.


Nie dia cincin blah rotan yang telah di sarungkan oleh Opah pihak lelaki. 


Niela dia rombongan pihak lelaki. Punyala ramai mana x nervous kan ?Makanan yang 
dihidangkan simple-simple je karipap, bihun goreng, kuih limas and macam-macam lagi la 
yang dihidangkan dah mcm kenduri bertunang plak.Tarikh pertunangan pada 5 Mei 2012 lagi 
sebulan je lagi. Hantaran Mas Kahwen RM9001  macam pelik la plak letak harganya. 
Tak kesahla macam mana pun yang penting selamat segala apa jua urusan ok.

Mesti x percaya cik ayu dah di sunting orang. Hehehee baca sampai abis k entry nie
yang sebenarnya maksu saya yang merisik. Owner blog lambat lagi tengah 
mengumpul duit untuk kukuh baru la pikir ye idak?




Nie la dia maksu saya yang merisik tu bukan Cik Ayu Barbydol ye. Mak Andamnya 
saya la yang mekapkan. Just simple mekap sebab nk save bajet skit
la katakan. Insyallah bertunang nanti pun saya jugak sendiri mekapkan. Tak adalah
pandai mana pun mekap tengok tutorial dari Zoey Zau Yah.
Semoga berbahagia ye Maksu ^^



Sunday, April 8, 2012

Pantai Merdeka


Dah lama saya menghilangkan diri & tak update blog. Alhamdulillah hari ini saya dapat 
berpeluang nak mengupdatenya. Semalam saya sekeluarga pergi ke Pantai Merdeka 
dekat Sungai Petani Kedah.Punyala jauh saya berjalan. Pertama kali menjejakkan kaki 
kesana. Saya dah jatuh cinta permandangan dekat sana. So beautiful place. Angin 
sepoi-sepoi bahasa. 


Cantik kan pemandangan dekat Pantai Merdeka nie. Sejuk je mata memandang. 
Hari ahad tak berapa ramai sangat orang. Yela di negeri Kedah hari minggu semua 
pakat bekerja dan juga bersekolah sebab tulah tak berapa ramai sangat orang.


Bagi sesiapa yang nk bermalam di sini boleh la pergi ke MERDEKA BEACH RESORT
Cantik sangatla resort dia berpuas hati la. Sejuk pulak tu. 


Dekat sinie jugak ada pelbagai jenis jualan. Rojak, kerpok lekor, Bebola ikan 
untuk makanan. Klo sesiapa yang berminat nak bermain layang-layang pun ada 
jugak jual. Memang best klo nak bermain dengan angin sempoi-sepoi rasa nk pegi lagi 
tempat secantik nie. 


Ayah saya pun x lepas peluang nk bermain layang-layang. Satu RM10 sahaja. Ada 
pelbagai jenis layang-layang yang dijual kat sinie. Tak rugi la klo pegi dekat sinie 
semuanya serba serbi lengkap.Klo sesiapa yang nk wat Photoshoot tu elok sangatla 
untuk lokasi di sinie.



Saya pun x lepas berpeluang nak posing maut hehee... CANTIK kan pemandangan 
kat sinie termasok Owner blog nie hehehe perasan..saya syorkan korang pergila tempat nie. 
Comfirm korang jatuh cinta dekat tempat nie.

Monday, March 26, 2012

Kami Bertiga


Yesterday kami bertiga hangout sama-sama. Dah lama la x kuar berdating dengan diorang nie
selalunya kami berempat. Melisa x dapat la plak nk join sebab alwayz bzy dengan asygment.
Insyallah nanti ada rezeki kita hangout lagi k.. ^^

Firstly kami pegi Jaya Jusco tengok wayang dulu cite 7 Petala Cinta. Best giler la
saya leh bagi 4 bintang la.  Ada la sahabat bloger saya nie Aimi Farhana.
dia pun teriak bukan dok main aishhh.. Mengata orang pandai awak sendiri pun 
xtahan kesat-kesat air hingus sebab sedeh la. Serius x tipu.


Klo berjalan x sah klo x berposing kan ?? edit je nie bagi nampak kuruih tapi
hakikatnya awak nie temok le. Lepas pegi JJ kami pegi Taman DR wat shoot
la plak kat sana kan ?


Nie la kami like budak sekolah. Di kiri Penolong Ketua Kelas. Tengah Guru Kelas.
Di kanan Ketua Kelas. Ada x mcm muka kanak-kanak riang ?? Photo nie khas
untuk majalah sekolah kanak-kanak riang punya. Hehehe 


I like this picture candid la orang putih kata. Cuaca time tu pun dah mendong.
Ipoh always nk hujan je. Insyallah next time kita jumpe lagi korang kat 
Lumut plak kita hangout sama2 ^^ 

 

Sunday, March 11, 2012

Design Header Untuk Husna & Adik SchaSya Aisya



Ada dua header yang saya designkan xd masa nk update blog skarang.
Always bzy mengalahkan menteri la plak. Tema kedua-dua header 
pink jugak. Stay sama juga x berubah-ubah permintaan yang minat sangat 
warna pink. Siapa yang x suka pink kan warna yang agak lembut gitu :P


Yang nie header di tempah dari kawan baik saya sendiri Husna kami kenal time saya 
duduk Gerik study dekat sana. Tq husna :)


Header nie di tempah dari Adik SchaSya. Terima kasih banyak-banyak sebab
tempah header dari Ayu Barbydol. Senang-senang singgahla 
blog mereka ye :)

Friday, March 9, 2012

Shoot Untuk Ayu Barbydol Collection


Alhamdulillah baru semalam saya shoot untuk Bisness On9 saya 
Ayu Barbydol Collection. Saya berniaga secara kecil-kecilan.
Jika anda berminat ingin membeli handbag below RM50 sahaja.


Ini adalah pic untuk handbag barbydol. Tinggal lagi dua saja lagi tinggal warna
Peach and Yellow.. So grab now !! fill form at Ayu Barbydol Collection
Series buyer only ^^

Thursday, March 1, 2012

Header-Header Ku Yang Tomot


Nape ye sebut header yang tomot nie kan? Yela selalu design header orang 
yang oder nampak tomey je bila awak punya macam comot2 je taw.
Tadi saya design header terbaru untuk Ayu Barbydol punye.


Adakah ia nampak terlalu kelakar mcm ada tanduk kerbau la plak.huhu..
dah xd idea untuk mendesign terlalu blur la orang katakan.


Yang nie header lama masa tema blog saya warna purple gilr. Alahai rasa nk tukar 
yang warna lain tu tukar pink plak. 
Apa pendapat korang yang mana lagi cantik ye header yang saya desigkan ?

 

Since 2010-2019 | Copyright by © Ayu Barbydol. Design by me Ayu Barbydol