Monday, July 30, 2012

Tempahan Dibuka



Assalamualaikum

Hari nie dah genap ke- 10 kita berpuasa. Xmo cakap banyak korang baca la 
dekat bawah nie ye. Promosi untuk hari raya je taw ^^


Klo berminat just PM dekat page kami ok ^^


Wednesday, July 25, 2012

Freebies Floral



Assalamualaikum...

Ada 10 design Background Floral yang saya nak share dengan korang. Bagi mereka yang memakai
Template denim boleh guna URL yang telah saya sediakan dibawah gambar. Untuk 
mereka yang memakai template biasa Klik kanan dan Save Image As boleh upload
gambar di bahagian customize dan terus pegi kepada background dan upload ok :)

http://i.imgur.com/We9WQ.png

http://i.imgur.com/ZvmH6.png

http://i.imgur.com/Q5C39.png

http://i.imgur.com/P3ALv.png

http://i.imgur.com/qFSez.png

http://i.imgur.com/0Kysw.png

http://i.imgur.com/jqjSr.png

http://i.imgur.com/AXXHC.png

http://i.imgur.com/P8tP7.png

http://i.imgur.com/P8tP7.png
  

Tuesday, July 24, 2012

Saje Suka-suka



Assalamualaikum...

Lama rasanya tak buat entry. Hari nie dah genap KE-5 kita berpuasa kan?? Syukur alhamdulillah 

kita dapat berjumpa lagi Ramadhan yang mulia nie. So yang mana boleh puasa jangan 

ponteng-ponteng ye ^^


Saje suka-suka ?? Apa kes nie kan wat entry rupe nie ?? Sebenaqnya CEWAHH dah kuaq 

bahasa kedah pulak nohh awak nie kebosanan dipagi hari menunggu pegi kj syok sendiri 

berposing di hadapan camera yang tak dslr nikon nie. Suka sangat main makup-makup 

sampai naik ketagih nak mengadap cermin je. Muka comel + lawa 

macam Siti Nurhaliza xpe la kan ?


Inila rupa muka gedik-gedik manja dari Cik Ayu Barbydol nie.. Comel x ? korang rasa kelako
gelak la puas-puas sebab owner sendiri leh gelak sendiri tengok macam-macam style
nak begambo nie.. 

Monday, July 9, 2012

Power Of Makeup



A s s a l a m u a l a i k u m...

Siapa kt sinie suka makeup? Tipula kan klo wanita x minat makeup2 nie kan ??
Dulunya saya nie kurang berminat nak bersolek-solek di muka nie nak pakai lipstik punya la susah 
nak pakai. Itu pun kene dipaksa oleh ibu saya sendiri masa zaman sekolah dulu.

Now I'm 22 years lagi sebulan je lagi Beday aku akan tiba time Ramdhan yang mulia nie.
Terima kasih kepada kawan saya juga yang banyak mengajar saya bab makup nie
sampai saya semakin ketagih nak makup hari-hari. 



Tengok nie rupa ku sebelum dan selepas makup nampak sama ke lain ?? Nie hasil makup 
dari tangan saya sendiri. Banyak yang saya belajar dari kawan dan juga tutorial 
dari youtube.com banyak tutorial yang korang boleh belajar dekat sana taw.

Antara tutorial yang senang saya paham n like iaitu dari Kak Ayun Ayunar. Tutorial dia best 
sangat korang trai la tengok senang je cuba trai ikut tutorial makup simple bagi mereka yang
x reti langsung nak makup2 nie ^^


Selamat Mencuba !!


Wednesday, July 4, 2012

Arnab Kesayangan Encik BF



A s s a l a m u a l a i k u m....

Terlebih dahulu saya nak ucapkan Salam Nisfu Syaaban hari tutupnya buku amalan kita semua.
Selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru . Semoga amalan 
kita di dunia nie cukup ye.. :)

Korang nie Pecinta Haiwan x?? Mestila kan pencinta haiwan betol x?? lebih-lebih lagi Kucing kan ?? 
itu la yang paling famous sekali klo korang nak bela kan?? Tapi lain sikit dengan Encik BF saya nie 
terlebih suka dengan binatang termasuk binatang yang berbisa. Kalau boleh nak buat ZOO 
sekali dekat belakang umah.

Siapa yang minat Arnab? mesti semua suka kan ??? Baru-baru nie Encik BF dapat anak buah baru
iaitu Arnab kesayangan dia la. Comel-comel semuanya. Saya pun giler dengan arnab nie jugak
cute sangat. Dulu Encik BF bagi  dkat saya Tam & Kimut tu panggilan manja saya beri masa 
membela Arnab dulu. Sekarang mereka dah selamat dikebumikan di belakang rumah opah
mati terkena racun nyamuk 2 tahun yang lepas.


Ini dia arnab kesayangan Encik BF baru dua minggu katanya tapi dah nampak comel sangat.
Banyak sangat arnabnya. Terigin di hati nak membela balik tapi takut la kene racun nyamuk 
lagi. Biasa la kampung saya nie ada Denggi rajin bebeno la menyembor dekat kawasan2 umah.
Encik BF nie xpla dok Gerik xd nak sembor2 nyamuk kt umah. Kita kat Ipoh memang jauh la. 


Yang nie lagi comel mata biru-biru gitu. Not for sale katanya.. Bila dah banyak-banyak nie
jadi xtaw nak bagi nama apa dah terlalu banyak sangat. Korang ada cadangan nak bagi nama
x dekat depe nie? hehehe... Klo saya panggil Kiro and the geng je ^^


Sayangilah haiwan seperti mana kita menyayangi ibu dan bapa kita.
Dia juga Mahluk Allah seperti kita. 

 

Sunday, July 1, 2012

Jom Shopping Bawal Printed Plain



A s s a l m u a l a i k u m...

Entry kali nie bab shopping. Korang minat shopping x? Mestila minat bukan? 
Tipulakan klo korang x suka nk bershopping terutama sekali wanita. Betol x??
Harinie Blogshop Ayu D'Collection update Bawal Printed Plain.
Sesiapa yang berminat nak membeli secara on9 jemputlah singgah ye ^^


Ini adalah antara Bawal Printed Plain yang di jual. Berminat boleh la terus ke 

 

Since 2010-2017 | Copyright by © Ayu Barbydol. Design by me Ayu Barbydol